Anda seorang usahawan? Tapi masih tidak menggunakan media sosial untuk tujuan bisnes? Atau ada dalam kategori yang ada media sosial untuk bisnes namun tidak aktif.

Kalau begitu, sedarlah bahawa usahawan yang tidak menggunakan media sosial pada zaman sekarang sebenarnya usahawan yang ketinggalan jauh 1000 tapak kebelakang.

Mahu atau tidak, semua usahawan harus menggunakan platform media sosial untuk tujuan bisnes. Ada banyak sebab kenapa setiap bisnes perlu memiliki akaun media sosial sendiri.

Dalam posting kali ini kami akan berkongsi sebab utama tentang kepentingan media sosial untuk bisnes. Dalam artikel akan datang kami akan berkongsi kaedah dan cara menggunakan media sosial untuk bisnes.

1. Semua Orang Ada Akaun Media Sosial

Ini sebab utama yang paling penting. Hari ini semua orang ada akaun media sosial. Contohnya Facebook, Instagram & Twitter. Media sosial ada ramai pengguna dari pelbagai peringkat umur dan pelbagai kaum.

Jika anda berbisnes dengan manusia, jadi untuk memiliki akaun media sosial untuk bisnes. Mudah faham bukan?

2. Percuma

Akaun media sosial boleh jadi perantara antara anda dan pelanggan. Platform media sosial boleh digunakan secara pelbagai. Boleh jadi kedai maya, katalog online dan sebagainya.

Apa yang best, untuk memiliki akaun media sosial untuk bisnes adalah percuma. Contoh, Facebook Page dan Instagram.

3. Alat Komunikasi dan Promosi Paling Relevan

Media sosial hari ini bukanlah sekadar platform untuk bersosial semata-mata. Penggunaan media sosial semakin meluas. Untuk bisnes pula, media sosial merupakan alat untuk anda berkomunikasi serta melakukan promosi mengenai bisnes anda kepada pelanggan dengan cara paling berkesan.

4. Meluaskan Rangkaian Bisnes

Dengan media sosial, anda boleh meluaskan lagi rangkaian bisnes anda seluas-luasnya. Tanpa had! Media sosial adalah dunia internet tanpa sepadan. Ianya boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan di mana saja. Jadi anda telah mencapai satu lagi saluran untuk bisnes anda.

Jika sebelum ini bisnes anda hanya dikenali di tempat, daerah, negeri atau negara tertentu saja. Kini dengan penggunaan media sosial, bisnes anda boleh dikenali di seluruh dunia.

5. Menambah Untung

Bonus bila anda menggunakan platform media sosial, secara langsung ia akan menambah untung syarikat anda berbanding tanpa menggunakan media sosial.

Bagaimana?

Mudah sahaja, bila anda guna media sosial, bisnes anda akan mencapai lebih ramai orang, semakin ramai orang semakin tinggi pontensi mendapatkan pelanggan. Penambahan pelanggan akan meningkatkan angka keuntungan syarikat anda.

kredit : bizzakat