Saya pernah jumpa kanak-kanak yang rendah diri sangat. Anak itu tidak banyak bercakap sangat. Dia ingat dirinya bodoh, tidak berguna, tidak setanding dengan orang lain. Bila saya puji kepandaian dia congak soalan matematik dengan sangat cepat anak itu tersengih riang macam tidak percaya ada orang yang hargai kemampuan dan bakat dia. Perlahan-lahan saya dapat rasakan self-esteemnya semakin baik. Ya, hanya dengan pujian simple sahaja.

SEBAK PULA SAYA!

Jadi saya rasa saya kena kongsi pada kalian semua 5 cara paling mudah untuk naikkan self-esteem anak kita sendiri.

  1. PUJI USAHA ANAK KITA BUKAN CUMA HASILNYA

Ada anak kita belajar siang malam kita tidak nampak pun. Kita cuma hendak nampak skor A sahaja. Sepatutnya kita nampak juga pengorbanan anak kita yang struggle siang malam itu. Usaha keras anak itu la nanti yang akan berguna untuk anak survive bila sudah dewasa nanti.

2. BAGI ANAK KITA PILIHAN

Kadang-kadang kita terlalu ‘authoritarian’ ataupun ‘bossy’ sehingga anak kita kena ikut sahaja apa yang kita hendak. Sudah la tidak bagi anak kita pilihan pula tu. Lama kelamaan anak kita rasa dirinya tidak layak untuk bagi pendapat dan buah fikiran walaupun sudah dewasa nanti.

3. BAGITAHU ANAK KITA TIDAK SEMUA ORANG SEMPURNA

Anak-anak yang terdedah dengan instagram dan media sosial yang mengetengahkan kesempurnaan ‘image dan lifestyle’ sangat mudah develop self-esteem yang rendah. Jangan sampai kita pula yang mekap dan dandankan anak kita secara berlebihan hanya kerana hendak dilihat ‘insta-worthy’ hingga anak akhirnya menjadi ‘mini adult’. Bagitahu sahaja anak kita macam ini “alah kat insta je cantik macam tu…duk rumah pakai baju kelawar jugak tu nak”.

4. BAGITAHU ANAK KITA YANG DIA ISTIMEWA DI MATA KITA

Bagitahu anak kita semua ada kelemahan dan kekurangan. Kita manusia. Kelemahan dan kekurangan adalah sesuatu yang normal. Bagitahu anak kita biarlah apa pun orang hendak kata, dia tetap yang paling istimewa di mata kita. Bagitahu dia juga yang pandangan orang lain tidak penting. Yang penting adalah bagaimana pandangan dalaman dia terhadap diri sendiri ( self image ).

5. JANGAN BANDINGKAN ANAK-ANAK KITA

Bagitahu anak kita yang masing-masing ada potensi unik masing-masing. Ada anak itu ‘Word Smart’, petah betul bercakap dan berpidato tapi bukannya ‘Body Smart’. Suruh lari dan bersukan sikit sudah mengah. Ada anak itu dia ‘Logic Smart’, subjek Matematik dan Sains semua dia tapau A tapi bila suruh menyanyi lagu Boboiboy Galaxy hancur lebur tempo dan liriknya sebab dia bukannya ‘Music Smart’.

Tolong sampaikan info ini pada semua ibu bapa ya. Bagi saya benda ini semua ibu bapa wajib tahu.

kredit : Dr Taufiq Razif