Untuk tarik minat bakal prospek anda, elakkan menjual secara direct atau hardsell. Di Era 2021 ni, tiada lagi konsep menjual, bercerita tentang bagusnya dan murahnnya pr0duk kita sepanjang masa. Aktiviti marketing wajib diperbanyakkan kepada berkongsi maklumat dan info mendidik serta berkongsi s0lusi, kemudian ‘relate’kan produk kita dengan solusi tersebut.

7 Strategi Softsell yang Anda Boleh Praktikkan

🌍1 – Tingkatkan Personal Branding

Guna personal facebook profile untuk kembangkan dan kuatkan branding anda.
Bila branding anda semakin kukuh, anda boleh promote produk anda secara perlahan-lahan. Bagi orang kenal anda dulu, selesa dengan anda dulu dan percaya dengan anda, baru bergerak ke langkah yang ke seterusnya.

🌍2 – Kongsi Aktiviti Harian Bisnes Anda

Pos aktiviti yang anda lakukan setiap hari untuk bina kepercayaan orang terhadap bisnes anda. Contohnya, sedang packing parcel, gambar stok, urusan pengeposan dan sebagainya.

🌍3 – Kongsi Tips / Info / Maklumat dengan Audiens

Kongsikan tips-tips berguna di posting anda. Sebagai contoh ; tips kesihatan, keagamaan, life style dan sebagainya. Lagi bagus sekiranya info tersebut ada kaitan dengan produk yang anda jual. Langkah Ini akan menarik minat audiens untuk like, share dan follow facebook anda.

Contoh ; Tips menjaga kesihatan rambut ( sekiranya anda menjual produk rambut )


Daftar Anak2 Tersayang di TADIKA STADEE


🌍4 – Berkongsi Maklumat Tentang Produk Anda

Kongsikan maklumat tentang produk anda seperti kebaikan, kelebihan, manfaat dan sebagainya. Ini akan memudahkan bakal pelanggan anda faham dengan kegunaan produk anda.

🌍5 – Berkongsi Misi dan Matlamat Anda

Kongsikan misi dan matlamat anda dengan audiens. Bagi ‘hint’ tentang bisnes anda. Buat posting pendek (background berwarna), supaya mereka tahu tentang tujuan anda.
Sebagai contoh ; “Saya ingin membantu 10000 kaum wanita yang ada masalah kulit kusam dengan produk XYZ”.

🌍6 – Buat Kajian Apa yang Pelanggan Mahu

Tanyakan kepada Audiens tentang apa yang mereka mahu.
Contohnya ; Jika anda mahu kurus, apakah cara terbaik yang anda suka? Berdiet? Bersenam? atau Makan Pil Kurus?

🌍7 – Berkongsi Nilai Produk Anda

Kongsikan perkara penting tentang produk anda, bagi membina keyakinan bakal pelanggan terhadap produk anda. Contohnya ; Produk Kecantikan, Produk Bebas Kimia & Tidak Merosakkan Kulit Wajah.


Kredit : Coach Muhadis & Intan Hazlina, Pensyarah Kanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang