Bukan mudah untuk didik anak menjadi ‘orang’ yang mempunyai keperibadian yang mulia.
Ramai ibu bapa gusar sekiranya anak bersikap tidak beradab. Oleh sebab itu ada segelintir ibu kerap membebel pada anak dengan harapan anaknya berubah sikap.
Hakikatnya cara itu tidak berkesan. Ingin tahu cara yang sesuai untuk didik anak supaya lebih berada. Ikuti perkongsian ustazah ini.
Petua didik anak lebih beradab dan sopan.
Dikongsikan petua ibu bapa hebat yang berjaya menjadikan anak-anak mereka beradab serta sopan tingkah lakunya.
1. Anak tidak beradab kerana mereka tidak tahu cara beradab, tidak pernah diterangkan dan dipertontonkan kepada mereka apakah sebenarnya “Adab”
2. Aplikasi sunnah dalam keluarga
Ajari anak-anak tentang sunnah yang mudah dahulu seperti cara tidur, cara makan, cara masuk tandas, cara belajar, cara bercakap, cara bergaul dan beberapa perkara yang menjadi rutin dalam kehidupan. Segalanya mesti bermula dari ibu bapa. Jika sunnah ini subur dalam keluarga kita, anak-anak akan terbiasa tanpa perlu dipaksa.
Anak-anak akan senang dibentuk dan akan tinggi sifat taatnya kepada ibu bapa.
3. Terima kasih
Ucapan terima kasih nampak simple tapi kesannya sangat hebat. Dari rutin ucapan ini anak-anak pandai menghargai, tidak merendahkan orang lain, menyuburkan rasa kasih dan sayang kepada orang yang ada di samping mereka. Ibu bapa yang mendengar ucapan ini dari seorang anak pasti hatinya sejuk, tenang dan selalu mendoakan kebaikan.
4. Ungkapan maaf
Ada pelajar yang selalu minta maaf, datang lambat minta maaf, cakap kuat sikit minta maaf, tak dapat hadir kelas minta maaf, sampai satu masa dia membuatkan kita rasa sayang. Hanya kerana ungkapan maaf itu membuatkan dia dihormati dan dikasihi. Betul sabda Nabi SAW orang yang lazimi ungkapan maaf akan menjadi individu yang berani, kental, akan beroleh kemuliaan dan diangkat tinggi darjatnya.
5. Teringat pesan imam syafie jangan terlalu keras menghalang anak-anak dalam pergaulan kerana ia membuatkan mereka akan bermusuhan dengan orang lain dan jangan pula terlalu berikan mereka kebebasan sehingga mereka mula bersahabat dengan orang yang tidak baik. Ibu ayah yang pandai seimbangkan akan buat anak-anak kekal dalam posisi yang selamat.
👍🏼 adab dulu baru ilmu 👍🏼
Kredit : Intan Hazlina, Pensyarah Kanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang