Bagi ramai calon ujian psikometrik, soalan seperti ini mungkin membingungkan:
Apa jawapan yang terbaik untuk anda? Mungkin soalan seperti ini menyebabkan anda tertanya-tanya: “Apa yang mereka sebenarnya mahu tahu dari saya?” Jangan risau, kita akan bongkarkan rahsianya!
Apa Yang Ditanya Dalam Soalan Ini?
Soalan ini bertujuan untuk mengukur bagaimana seseorang itu bersosial. Ia mencungkil kecenderungan seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain dan bagaimana mereka melihat diri mereka dalam konteks sosial. Jadi, jika anda suka melihat diri sebagai peramah dan mudah bergaul, jawapan “Sangat Setuju” mungkin terasa tepat. Tetapi, adakah itu yang terbaik?
Ekstrovert atau Introvert?
Bergantung kepada jawapan yang anda pilih, anda akan memberi gambaran tentang jenis personaliti yang dominan dalam diri anda.
- Jika anda memilih “Setuju” atau “Sangat Setuju”, ini menunjukkan bahawa personaliti anda lebih cenderung ke arah ekstrovert – seseorang yang suka berinteraksi dengan orang lain dan merasa puas dalam persekitaran sosial.
- Sebaliknya, jika anda memilih “Tidak Setuju” atau “Sangat Tidak Setuju”, ini menunjukkan bahawa anda lebih cenderung kepada introvert – individu yang lebih suka menyendiri dan mungkin merasa tidak selesa dalam interaksi sosial yang berlebihan.
Pilihan Jawapan Bergantung Pada Jawatan
Namun, jawapan yang terbaik tidak bergantung hanya pada diri anda, tetapi juga keperluan jawatan yang anda pohon. Adakah tugas tersebut memerlukan seseorang yang lebih terbuka dan bergaul dengan orang lain? Misalnya, jawatan dalam skim S (yang merujuk kepada “Sosial”) biasanya lebih sesuai dengan individu yang ekstrovert. Sebab itulah, jika anda sedang memohon jawatan yang melibatkan interaksi sosial yang tinggi, jawapan “Setuju” atau “Sangat Setuju” mungkin lebih tepat.
Jadi, Apa Jawapan Terbaik?
Jawapan terbaik adalah yang sesuai dengan personaliti dan keperluan jawatan. Jika anda seorang yang lebih suka bekerja secara individu dan tidak perlu banyak berinteraksi dengan orang lain, mungkin jawapan “Tidak Setuju” atau “Kurang Setuju” adalah lebih sesuai. Tetapi, jika jawatan tersebut menuntut interaksi sosial yang tinggi, jawapan “Setuju” atau “Sangat Setuju” akan memberi gambaran yang lebih baik.
Mahu Lebih Banyak Soalan dan Penjelasan?
Adakah penjelasan ini membantu? Mahu lebih banyak contoh soalan dan penjelasan terperinci? Dapatkan koleksi 200 soalan psikometrik lengkap dengan huraian jawapan yang akan membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang pihak SPA cari dalam ujian psikometrik.
Jom, download koleksi soalan dan huraian jawapan sekarang! Anda akan lebih yakin menghadapi ujian dan siap sedia untuk berjaya!
Bagi calon-calon yang melanggan Rujukan Psikometrik 2024 dari website ini, anda akan layak mendapat Rujukan Khas Intensif secara percuma dari saya. Rujukan Intensif ini sangat membantu memberi kefahaman yang lebih jelas kenapa dan mengapa setiap jawapan berbeza-berbeza mengikut jawatan dan gred setiap tugas.