Tidak Guna BIJAK, Jika Tidak Beradab! Ibu Bapa Tolonglah Prihatin Perkembangan Minda, Perilaku
Anak-Anak. Sebenarnya ibu bapa itu sendiri perlu ada masa untuk keluarga. Bukan balik kerja terus masuk bilik tidur,
sekurang-kurangnya ambil masa sedikit untuk lihat keadaan anak itu macam mana, sihat ke tidak, dah makan ke belum dan sebagainya.
Tidak Guna BIJAK, Jika Tidak Beradab!
Sebagai seorang ibu sudah pasti saya sangat prihatin pada perkembangan minda dan perilaku anakanak. Malah pada saya anak-anak perlu mengamalkan adab-adab yang baik bukan hanya kepada ibu bapa, tetapi juga kepada sesiapa saja, termasuklah segala perkara di sekeliling mereka.
Walaupun ia tidak berunsur akademik, nilai kesopanan ini adalah tunjang kejayaan menjadi seorang yang bijaksana. Tetapi kita perlu juga menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Malah ada yang berpendapat tidak guna bijak jika tidak beradab.
Bagi mengupas lanjut mengenai isu Anak Bijak Tapi Semakin Kurang Adab, Pakar Keibubapaan dan Ilmu Menguruskan Anak-Anak, Puan Siti Saleha memberi pandangannya mengenai isu ini;
“Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anakanak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.”
“Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.”
“Umur anak-anak 7-14 tahun. Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).”
“Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam.”
By : Muhadis
Kredit : Norhayati Suboh, Mingguan Wanita