Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan

Ramai yang masih tidak sedar kepentingan laman web untuk diaplikasikan dalam perniagaan. Laman web ibarat nama, brand dan platform yang dapat memperkenalkan perniagaan anda secara online dengan lebih meluas dan bersistematik. Terdapat pelbagai kelebihan laman web dalam perniagaan, di antaranya ialah:

1. Perluasan informasi perniagaan dan produk penjual kepada pelanggan
Antara jenis laman web yang sering digunakan adalah laman web informasi perniagaan dan profil syarikat. Laman web jenis ini sesuai untuk memperkenalkan syarikat dan produk anda kepada pengguna dengan penyampaian informasi yang lebih baik sebagai contoh menggunakan teks, video, pautan ke laman sosial dan sebagainya.

Laman web sebegini meletakkan reliabiliti dan memudahkan capaian pelanggan kepada anda dengan mudah dan cepat.

laman web bisnes
laman web perniagaan
laman web produk

2. Kemudahan sistem pengurusan pesanan dan pembayaran untuk perniagaan

Jenis laman web begini boleh memudahkan sistem pengurusan order dan pembayaran untuk perniagaan anda. Anda tidak perlu susah-susah untuk mengira sales, semakan semula pembayaran dan sistem boleh mempamerkan report harian/bulanan/tahunan perniagaan anda.

website sistem pembayaran
website report sales


3. Menarik prospek baru melalui integrasi email marketing, FB Pixel dan pelbagai teknik lain

Melalui laman web, anda boleh integrasikan sistem lain yang bersesuaian untuk mendapatkan prospek dan pelanggan baru untuk mendapatkan produk anda. Antaranya melalui FB Pixel yang mana anda boleh mempengaruhi prospek yang melayari laman web anda dan mengumpan mereka dengan iklan di Facebook untuk menarik minat mereka membeli produk anda.

fb pixel

Selain itu, anda juga boleh mula mengumpul maklumat prospek menggunakan sistem ‘subscription’ dan berjinak dengan ‘Email Marketing’. Mereka yang mengisi maklumat tersebut sudah semestinya ‘potential customer’ untuk produk anda.

subscription website

4. Laman web akan terpapar dalam carian Google Search

Berikut merupakan beberapa contoh laman web yang berjaya menguasai top google rank.

kepentingan teamviewer kepada developer
kelebihan memiliki laman web
website top google seo

Kesimpulannya, laman web perniagaan sangat membantu dalam mengautomasikan dan memudahkan perniagaan kalian. Kini, laman web bukan sesuatu yang mustahil untuk dihasilkan oleh para peniaga. Hendak seribu daya guys!

Kredit : Intan Hazlina, Pensyarah Kanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang