Program Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Pahang

Pendidikan awal agar anak mengenal Tuhan dan mencintai Al-Quran bukanlah tugas mudah. Banyak pihak perlu memainkan peranan terutamanya ibu bapa. Pada era teknologi ini sangat mencabar mendidik anak-anak agar patuh dengan disiplin menunaikan ibadah. Apatah lagi kini anak kecil mudah leka dengan gajet sehingga membuatkan mereka lalai untuk belajar. Lebih menggusarkan, ketagihan terhadap gajet juga membahayakan diri anak-anak terbabit. Walaupun kadangkala menonton saluran YouTube mendatangkan kebaikan, ia perlu dikawal agar anak-anak tidak ketagih.

Sebaiknya cuba kawal penggunaan gejet anak-anak yang suka menonton video di beberapa saluran yang ada dari awal. Apabila anak-anak sudah bersekolah, kawalan jadi lebih senang kerana ibu bapa boleh jelaskan akibat dan tunjuk contoh kesan buruk yang dialami anak-anak sekiranya mereka terlalu taksub dengna gajet.

Begitu juga de­ngan tanggungjawab anak-anak mengenai solat dan mengaji Al-Quran. Didikan dari awal akan membentuk anak-anak yang tahu apa harus mereka lakukan apabila tiba waktu. Usaha mendidik anak mengenai tanggungjawab sebagai seorang Muslim bukan hanya terletak di bahu pihak sekolah semata-mata, malah ibu bapa harus menitikberatkan tanggungjawab keibubapaan agar menjadi contoh terbaik di pandangan anak-anak.

Sedari usia kecil mereka harus faham erti takut sekiranya tidak melakukan apa yang sepatut­nya mereka lakukan sebagai umat Islam. Kepentingan pendidikan Al-Quran yang di­terapkan kepada anak-anak berupaya mengajar dan mengasah minda mereka. Ini dapat dilihat melalui perkongsian anak-anak sekolah tahfiz yang memperolehi keputusan cemerlang apabila menduduki peperiksaan.

Pendidikan awal bermula dari rumah…maka, marilah bersama-sama mengembeleng usaha mewujudkan kecintaan ahli keluarga agar menjadi umat Islam yang sebenar.

Kredit : Intan Hazlina, Pensyarah Kanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang