Temuduga kerja ni memang lah satu keperluan untuk mendapatkan kerja tetapi tak semestinya korang hanya perlu menjawab soalan sahaja sepanjang temuduga berlangsung. Korang boleh ubah rentak temuduga dan tunjukkan yang korang ni cerdik dan league lagi tinggi daripada calon lain.
Perasan tak, di hujung sesi temuduga kerja mesti penemuduga akan ajukan soalan ini, “ada apa-apa soalan?”. Waktu ini korang kena tanya soalan yang menunjukkan level IQ korang dan bukannya soalan remeh-temeh.
Tapi soalan yang macam mana boleh ditanya? Kalau korang nak tahu ini adalah 8 soalan yang memang mengancam dan buatkan penemuduga terpukau dan sukakan korang!
1. ‘Apa kualiti yang dicari pada seorang calon yang ideal?’
Okay korang dah baca deskripsi siap-siap dah dan mungkin juga hiring manager dah siap call korang dan breif sedikit mengenai kerja tersebut sebelum interview lagi. Tapi macam biasa lah, tak semua maklumat yang dimahukan sudah dijelaskan bukan? Memang korang kena berdepan dahulu baru tahu semua perkara.
Cuba tanyakan soalan ini kerana siapa tahu mungkin mereka mahukan kriteria yang lebih spesifik dan mendalam seperti perlu mahir sebarang software ke atau system ke, siapa tahu kan?
2. ‘Apa yang menarik hati anda untuk bekerja di sini?’
Soalan ini bukan acah-acah bagus pula tahu tak. Bila korang tanya soalan ni, ianya menunjukkan yang korang ni sifatnya ingin tahu. Ia juga menunjukkan yang korang memang betul-betul mahu tahu mengenai jawatan tersebut.
Penemuduga juga akan rasa tercabar juga sebab “eh ini siapa penemuduga sebenarnya ni?” Tapi mereka akan rasa excited untuk jawab dan buatkan mereka 100% selesa.
3. ‘Apa target yang mahu anda lihat sebulan/6bulan/setahun?’
Soalan ini mencabar kerana siapa tahu, selepas korang terima je kerja tu tak sampai sebulan sudah dipecat kerana tak capai target mereka. Sebelum jadi sebegitu, tanya dahulu apa target yang mereka letakkan dalam masa sebulan, 3 bulan, 6 bulan, setahun.
Jadi korang akan lebih alert dengannya dan boleh nilai samada korang boleh lakukannya atau tidak.
4. ‘Boleh jelaskan team yang saya bakal bekerja?’
Yang menariknya mengenai soalan ini adalah ianya membuktikan yang korang ni memang team player. Calon yang senang je boleh masuk dalam mana-mana group tanpa ada sebarang masalah adalah satu kelebihan yang dicari-cari oleh majikan selama ini. Ianya satu soalan yang bernas sebab korang mesti lah mahu tahu dengan lebih lanjut mengenai ahli team korang kan?
Kalau memang betul korang nak impress kan penemuduga, cuba tanyakan jika korang boleh berjumpa dengan team member selepas tamat temuduga.
5. ‘Apa bantuan yang diberikan oleh syarikat untuk team capai target dan terus maju?’
Jika calon temuduga tanyakan soalan ini, ianya menunjukkan yang individu itu berminat untuk belajar, mengambil tanggungjawab serta bekerja lama dengan syarikat tersebut. Bukan itu je, ianya juga menceritakan bagaimana syarikat tersebut membantu dalam meningkatkan mutu kerja.
6. ‘Apakah tugas-tugas harian saya?’
Soalan ini membantu untuk jelaskan tanggungjawab yang bakal dipikul dan berikan korang ruang untuk fikirkan samada kerja ini sesuai atau tidak. Kalau penemuduga mahu jelaskan mengenai tanggungjawab kerja dengan lebih mendalam dan bukan hanya pada desripsi kerja yang diiklankan sahaja, ianya memang bagus lah. Tidak lah biarkan korang terpinga-pinga, dan lepas dah mula bekerja baru dijelaskan kena buat kerja ini lah itu lah.
7. ‘Bagaimana jawatan ini sesuai dengan misi syarikat?’
Cuba untuk tanyakan soalan ini agar penemuduga tahu yang korang ni jenis yang strategik, korang think out of the box dan lebih meluas. Pasti penemuduga akan terdetik hati yang korang ni ada juga ciri-ciri sebagai seorang ketua.
Boleh juga tanyakan mengenai strategi syarikat untuk berkembang, jadi korang boleh lihat mana duduknya jawatan korang tu dalam membantu syarikat untuk kekal maju. Ia juga beri tanda-tanda yang korang berminat untuk menyertai syarikat dengan lebih lama.
8. ‘Apa benchmark yang diletakkan untuk berjaya dalam jawatan ini?’
Ini memang satu soolan yang sangat bijak untuk disoalkan kerana ianya menunjukkan yang korang ni mementingkan keputusan. Ia juga menunjukkan yang korang bersedia jika tidak mencapai target dan akan cuba sehabis-baik untuk capai juga momentum kerja.
Intan Hazlina
Pensyarah Kanan, POLISAS
Kredit : blog.maukerja.my