Ramai yang bertanyakan soalan mengenai apa maklumat yang perlu dimasukkan dalam resume. Berkenaan kerja pula adakah boleh letakkan kesemua kerja dari part-time, kerja yang kurang dari setahun, ataupun hanya kerja yang lebih dari tempoh setahun? Ini contoh soalan lazim:

Q: ” Saya sering bertukar-tukar kerja. Kebiasaannya kerja saya bertahan tidak lebih dari setahun. Ada sebahagian daripadanya adalah disebabkan company itu sendiri tutup. Jadi perlu ke saya letakkan maklumat kerja ini dalam bahagian pengalaman kerja? Adakah ianya boleh dikira atau perlu lebih dari setahun sahaja?” 

Ada bermacam sebab mengapa pekerja berhenti kerja walaupun kerja itu tidak lebih dari tempoh setahun lagi. Salah satu sebabnya seperti contoh ialah company itu sendiri tutup atau “gulung tikar”  jadi sebagai pekerja memang tiada apa yang boleh dilakukan melainkan cari kerja lain kan? Ianya adalah fenomena biasa yang sering berlaku pada industri advertising atau consulting company kerana kehilangan client. 

Paling biasanya jika korang bekerja untuk jangka masa yang pendek, lebih baik rasanya jika tidak perlu masukkan dalam pengalaman kerja. Tapi ada juga masanya korang kena letakkan dalam resume. Maka, jawapan untuk soalan di atas adakah perlu masukkan maklumat kerja itu atau tidak perlu, ialah bergantung pada keadaan. Kadang-kadang korang perlu selitkan dan ada masanya tidak perlu. Ini adalah kelebihan serta keburukan jika memasukkan maklumat kerja yang singkat dalam resume:

1. Berapa singkat kerja tersebut?

Jika korang bekerja dalam julat tempoh 12 bulan atau lebih kurang, tuliskan dalam resume kerana jika ianya 12 bulan pasti recruiter akan lihat. Sesetengah recruiter akan mula bertanya jika tempoh bekerja korang hanyalah 6 bulan (terutama sekali jika pengalaman kerja korang memang sedikit). Jadi tiada masalah rasanya untuk nak selitkan sekali kerja yang tempoh sesingkat 6 bulan ke atas dalam resume. 

Bagi kerja yang kurang dari 6 bulan, ianya mungkin akan membuatkan recruiter rasa sedikit keliru. Kerana mereka akan mula menyoal kerja-kerja korang yang tempoh singkat itu daripada bertanyakan mengenai kerja korang yang lain. Ini kerana recruiter mahu mengetahui adakah korang yang mempunyai masalah kerja atau bagaimana. Jadi terangkan sahaja dengan ringkas mengapa korang hanya boleh bertahan untuk tempoh singkat itu. 

2. Adakah ianya kerap berlaku atau jarang?

Korang mungkin risau untuk nak senaraikan kerja yang tempoh singkat kerana ianya mungkin akan membuatkan recruiter rasa yang korang ni loser. Jika ianya berlaku sekali dua daripada kesemua kerja maka recruiter akan faham dan ianya solid untuk diletakkan dalam resume. Apa yang menjadikannya satu masalah adalah apabila kesemua kerja korang adalah dalam tempoh yang singkat. Tidak ada satu pun kerja yang bertahan lebih dari tempoh setahun. 

Pada saat ini, recruiter akan mula bertanyakan mengapa, apakah cara kerja korang, kualiti kerja dan bermacam lagi. Mungkin ada beberapa kes dimana korang diberhentikan kerja secara berturut-turut kerana tidak bernasib baik. Untuk kes sebegini, apa kata korang senaraikan kerja dan sekali dengan job skop dan expertise korang. Sekurangnya ianya akan nampak lebih solid. 

3. Adakah ianya membantu dalam pencarian kerja?

Jangan anggap yang kerja tempoh singkat ini tidak membantu dalam resume korang. Lihat kembali kerja korang itu. Salah satu kerja singkat korang itu adalah di salah sebuah start-up company yang disenarai pendek dalam Fortune companies. Ianya memang akan membuatkan recruiter rasa kagum kerana korang bekerja di tempat yang ternama. Korang juga pernah bekerja di company yang besar dan sudah establish nama, walaupun untuk tempoh singkat pasti recruiter akan rasa ingin tahu .


Pastikan korang ada reference list yang kukuh untuk membantu korang dalam mendapatkan kerja. Minta jasa baik majikan korang yang berpengaruh untuk benarkan korang letakkan mereka sebagai reference list.

Sekali lagi, ianya tiada jawapan kukuh samada perlu atau tidak letakkan kerja yang tempoh singkat dalam resume kerana ianya bergantung pada beberapa faktor. Jika ianya menonjolkan kemahiran korang yang hebat maka teruskan letak! Tetapi jika kerja itu tidak dapat membantu apa-apa mungkin korang perlu pertimbangkan semula. Harap ianya menjawab segala persoalan korang. Selamat maju jaya dalam menulis resume!

Intan Hazlina
Pensyarah Kanan POLISAS

Kredit : blog.maukerja.my