Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah ditubuhkan pada 3 Mac 2003 dengan berkuatkuasanya Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002. MyIPO adalah sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pembangunan sistem harta intelek serta bertindak sebagai agensi Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

MyIPO mentadbir dan menguatkuasakan Perundangan Harta Intelek yang terdiri daripada Akta Cap Dagangan 2019, Akta Paten 1983, Akta Hak Cipta 1987, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996, Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000, Akta Petunjuk Geografi 2000 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

MyIPO merupakan agensi tunggal yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran harta intelek di Malaysia. MyIPO turut mengadakan program kesedaran mengenai kepentingan perlindungan harta intelek dan menyediakan latihan harta intelek yang dikendalikan oleh Akademi Harta Intelek.

OBJEKTIF


objectivebm

VISI & MISI


Visi adalah menjadi sebuah organisasi harta intelek terbaik.

Misi adalah menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek.

PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan bagi Paten

  • Sijil Pemfailan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan dalam talian diterima.
  • Pemberian Geran Paten dikeluarkan 4 bulan 3 minggu daripada tarikh pemfailan permohonan Pemeriksaan Dipercepatkan (BORANG 5I) yang lengkap dan tiada bantahan.
  • Sijil Pemberian Paten / Perakuan Perbaharuan Utiliti dikeluarkan 26 bulan dari tarikh pemfailan bagi permohonan biasa yang memenuhi syarat kecuali permohonan PCT.

Piagam Pelanggan bagi Cap Dagangan

  • Sijil Pendaftaran Cap Dagangan dikeluarkan 6 bulan 3 minggu daripada tarikh pemfailan permohonan Pemeriksaan Dipercepatkan yang lengkap dan tiada bantahan.
  • Sijil Pendaftaran Cap Dagangan Dikeluarkan 12 Bulan Daripada Tarikh Pemfailan Permohonan Biasa yang lengkap dan tiada bantahan.

Piagam Pelanggan bagi Reka Bentuk Perindustrian

  • Mengeluarkan Sijil Reka Bentuk Perindustrian dalam masa 8 bulan dari tarikh pemfailan yang tiada bantahan.
  • Mengeluarkan Sijil Pelanjutan Tempoh Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan fi dan dokumen yang lengkap.

Piagam Pelanggan bagi Petunjuk Geografi

  • Mengeluarkan sijil dalam masa 8 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima dan tiada bantahan atau bangkangan.
  • Mengeluarkan Sijil Pembaharuan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh permohonan pembaharuan yang lengkap diterima.

Piagam Pelanggan bagi Hak Cipta

  • Notis Pemberitahuan Hak Cipta dikeluarkan 30 hari dari tarikh permohonan diterima bagi permohonan yang lengkap (permohonan di ibu pejabat).
  • Sijil Pemberitahuan Hak Cipta dikeluarkan 30 hari dari tarikh permohonan diterima (permohonan di Ibu Pejabat).

sumber: Laman Web Rasmi My IPO