Tiada lagi penggiliran di sekolah bermula 17 April - Radzi

Pelajar sekolah rendah dibenarkan untuk kembali ke sesi persekolahan tanpa penggiliran bermula 17 April 2022. Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, keputusan itu dibuat selepas pihaknya melakukan penelitian terhadap kelancaran penggal baharu sesi persekolahan yang dibuka pada 21 Mac 2022. Murid sekolah rendah dibenarkan hadir ke sekolah tanpa penggiliran bermula 17 April untuk negeri kumpulan A dan 18 April bagi negeri kumpulan B. Jadi, anak-anak di sekolah rendah yang mana sebelum ini hadir ke sekolah secara bergilir, bermula 17 dan 18 April 2022, anak-anak boleh datang ke sekolah tanpa penggiliran.

Namun, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengambil ringan terhadap pematuan prosedur operasi standard (SOP), lebih-lebih lagi ketika menuju fasa peralihan ke endemik. Paling penting ialah pematuhan semua anak-anak dan guru di sekolah ini kepada SOP yang ditetapkan walaupun kita bergerak dalam Fasa Peralihan ke Endemik. Jadi pematuhan adalah amat penting terutama apabila semua murid hadir ke sekolah tanpa penggiliran. Maka, semua pihak wajar setia mengingatkan anak-anak bahawa pematuhan kepada SOP itu satu keutamaan.

Kredit : Intan Hazlina, Pensyarah Kanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang