Kalau kita tengok ada sesetengah peniaga, dah bertahun-tahun berniaga tapi masih lagi pada level yang sama. Susah sangat bisnes nak berkembang!

Namun ada juga peniaga yang kita jumpa, baru jer buka bisnes tapi dah boleh buat sales giler-giler. Kenapa boleh jadi macam tu?

Apa ilmu yang mereka guna?
Apa usaha, pendekatan dan ikhtiar yang mereka lakukan?
Dari mana mereka belajar ilmu marketing?

Kesian bila kita tengok peniaga yang susah nak ‘grow’ dalam bisnes ni. Kebanyakan mereka full time buat bisnes. Mereka ni perlu dapatkan sales untuk tanggung family dan tanggung segala perbelanjaan lain. Apa yang tak kena pada perniagaan mereka, sampai susah nak berkembang?

Berniaga Online di Pasaran Oversea
Jana Pendapatan USD

Realitinya apa yang berlaku sekarang ni, ramai peniaga yang tak berjaya dari yang berjaya. Tak perlu nak salahkan takdir, tak perlu nak salahkan orang lain. Kita kena check balik pada diri sendiri.

Pokok pangkalnya pada diri kita sendiri. Kalau kita tak perbaiki diri, silap-silap bisnes boleh lingkup…

Cuba tengok progress perniagaan kita sekarang. Adakah kita berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi diri sendiri. Suka tak dengan attitude dan disiplin kita sekarang?

Guys!
Nak berjaya dalam bisnes, cuba elakkan dari menjadi ciri2 peniaga seperti di bawah ni.

1 – Sentiasa Sibuk / Tidak Ada Masa

Ramai peniaga suka beri alasan tak ada masa, tak cukup masa, selalu busy dengan bermacam-macam perkara…

Oh please la,
Selagi korang ada masa untuk makan, mandi dan layan handphone, maknanya korang ada masa untuk manage bisnes korang. Bukan korang tak cukup masa, tapi sebenarnya korang tak reti nak manage masa. Korang takde skill. Korang tak reti nak guna multitask skill yang korang ada.

Bila disuruh belajar dalam Kelas Online Cara Berniaga di Pesbuk, korang tak nak, Kononnya korang dah bijak dah pandai. Maka duduklah korang mengulangi skill yang sama setiap hari dengan harapan sales masuk berjuta-juta.

Aduhhh, usaha sekecil semut, tapi berimpian sebesar gunung.
😂😂😂

Nampak tak kritikalnya peniaga kita hari ni?

Join DROPSHIP (RM60 – RM110 per sales)
Dr Parro’s English (Aplikasi Pendidikan Kanak2)

Pembekal Jamu & Jus Kesihatan
Pembekal Jamu Mek Comel, Jamu Dik Naa, Hello Slimzz
Kak Nita Isa

2. Tidak Tahu Mana Prioriti

Bila disuruh fokus untuk perbaiki teknik marketing, buatkan pelanggan nampak dan tertarik dengan bisnes kita, dia pergi buat benda lain.

Disuruhnya perbaiki branding supaya boleh bina trust pelanggan, dia pergi buat perkara yang tak ada hasil. Korang asyik sibuk dan buat posting menjual jer kan?

Boleh dikatakan kebanyakan peniaga tak tahu apa yang dia buat. Dia tak tahu nak letak mana satu yang patut didahulukan, dan mana yang perlu dikemudiankan.

Kenapa jadi macam ni?
Sebab kita taknak belajar Ilmu Marketing.
Kita rasa dah cukup pandai dengan selok belok dunia marketing. Itulah silapnya kita.
3 bulan sales statik di graf yang sama pun, kita asyik salahkan faktor lain sedangkan punca yang berlaku adalah kesilapan diri kita sendiri.

Join DROPSHIP di SHOPEE
Kelas ZOOM & di Telegram

Jom Cantik dengan Sufia Baker
Pembekal Rose Tea Soap, Candy Scrub
Acik Lia

3. Tidak Matang dan Tidak Rasional

Kehebatan mengawal emosi akan menampakkan kita lebih matang dan bersikap rasional dimata pelanggan. Senang untuk pelanggan melekat dan menaruh kepercayaan terhadap kita.

Namun apa yang berlaku sekarang ni, ramai peniaga gagal mengawal emosi mereka. Ramai peniaga beremosi pada benda yang tak sepatutnya. Dia emosi tengok pesaing dia buat sales giler-giler. Dia emosi dengan keadaan ekonomi. Dia emosi sebab tak puas hati dengan hal-hal politik dan dia emosi dengan team sebab tak ikut cakap dia. Pendek kata mereka tak pandai nak bezakan isu peribadi dengan isu bisnes.

Semua isu dia nak update kat facebook, whatsapp, insta dan mana2 sahaja sosial media. Padahal kegagalan mengawal emosi dan sikap tidak rasional inilah yang membawa padah dan mengganggu fokus pelanggan terhadap bisnes mereka.

4. Tidak Mahu Belajar

Tak nak belajar adalah salah satu sifat orang yang tak berjaya. 

Perkara ni memang susah nak dirawat, susah nak diberi nasihat melainkan individu itu sendiri jatuh terduduk baru nak sedar dan menyesal.

Dalam bisnes, ILMU adalah sangat penting supaya kita boleh konsisten berkembang. Tahap keyakinan kita akan menjadi semakin tinggi. Dengan Ilmu juga kita menjadi seorang yang bijak mengawal keadaan dan sentiasa bersikap rasional dalam segala hal.

Jadilah ‘Orang Bijak’ yang tidak menunjuk-nunjuk bahawa kita seorang yang hebat. Biarkan sahaja orang sekeliling menilai kehebatan kita. Itulah kekuatan diri kita yang sebenar–benarnya.

5. Acah-acah Pandai

Dahlah tak tahu, tapi buat-buat tahu semua benda. Orang nak tolong, dia pulak yang sombong dan ego.

Kononnya dah pandai. Dah belajar bermacam-macam ilmu dah.
Tapi setiap kali posting, tak lepas dari bau menjual. 😂😂😂

25 kali sehari duk up posting, asyik duk target nak dapat sales jer. Tak sabar betul!
Macamana tuh?

Pasal tu kena belajar lagi ilmu marketing biar betul-betul khatam.
Bila ilmu marketing penuh di dada, Percayalah kita akan bersikap sentiasa tenang. Tak mudah give-up.
Sentiasa berfikir rasional dan sentiasa bersikap profesional. Staff sayang kita, pelanggan sayang kita malah semua orang akan selesa dengan kita. Barulah bisnes senang berkembang.

Dapat sesuatu?
Semoga info ini membantu.
Sila share artikel ini semoga dapat memberi manfaat kepada ramai lagi usahawan lain.

Panduan Buat WEBSITE Sendiri
Set Up Web Jualan 5 Angka dalam Tempoh 24Jam

Dapatkan banyak lagi Ilmu / Tips Berniaga di FB
Join Personal Coaching Coach Muhadis

Cara Naikkan Followers di Instagram