“Selang sejam saya buat posting di FB, tapi takde pun orang nak like dan komen. Apatah lagi nak beli, jauh sekali!”
Selalu korang berdepan dengan masalah ni kan? Semua nasihat founder, petua leader korang dah follow. Tapi semua hanya sia-sia.
“Konsisten buat posting, Jangan Give-Up”
“Toksah risau pasal like, pasal komen, lama2 nanti orang akan perasan apa yang kita jual, ramai jer silent reader yang duk tengok FB kita”
“Orang yang sabar dan banyak usaha, InsyaALLAH akan ada hasilnya nanti”
Macam ni lah lebih kurang kata2 motivasi dari leader korang kan?
Guys,
Usaha pun usaha jugak.
Konsisten pun wajib kena betul teknik dan caranya, barulah nampak hasilnya nanti.
Sampai bila asyik nak konsisten kalau 3 bulan duk buat benda sama, tapi tak nampak sebarang progress. Malah sales semakin drop!
Pasti ada yang tak betul tu.
Jadi…
Kena ubah teknik
Kena ubah skill
Kena cari solution lain pulak!
Tau tak, salah satu punca sales kita drop sebab orang tak nampak posting kita.
Kita hanya beranggapan posting yang kita buat tu, friendlist kita akan nampak. Kononnya usaha memancing kita akan berhasil.
Tapi korang harus sedar, kalaulah mereka langsung tak nampak posting kita tu, alangkah rugi dan membazirnya usaha marketing yang dibuat setiap hari tu.
Jadi macamana langkah bijak untuk memastikan posting kita dilihat oleh rakan2 atau target market kita?
Jom buat 5 Tips di bawah ni;
1 . Bina Engagement Kawan yang Berbeza Setiap Hari
Pastikan korang bina engagement dengan orang yang berbeza setiap hari.
Contohnya; Target 10 orang kawan untuk hari Isnin. Boom wall FB mereka. Tinggalkan komen / like / loves. Ulangi langkah yang sama untuk hari yang seterusnya kepada senarai kawan yang lain pulak.
Cukup seminggu, buat rotation, ulangi semula 10 orang senarai pertama hari Isnin tadi. Ulangi langkah ini selama sebulan. Bulan kedua target senarai kawan yang lain pulak.
Kenapa perlu buat macam ni?
Sebab kita nak bina dan luaskan engagement dengan bakal prospek. Dengan kata lain, kita nak luaskan pasaran kita! Hanya dengan cara ini sahaja kita boleh aktifkan sistem algorithm FB supaya akaun kita akan ada connection dengan bakal prospek dan kebarangkalian posting kita akan timbul di newsfeed bakal prospek adalah sangat tinggi. (Teknik Zero Cost Marketing)
2. Check Semula Senarai Kawan FB
Pastikan mereka adalah target market yang betul. Bukan sembarangan orang yang korang add / approved sebelum ni. Jadi sila check dan tapis semula, pastikan simpan mereka yang berpotensi sahaja menjadi pelanggan kita. Rujuk sini Cara nak cari Target Market / Add Target Market. Bila dah ada senarai yang berpotensi ni, pastikan korang ulangi langkah seperti point no 1 di atas tadi.
3. . Remove Kawan yang Tidak Aktif
Sila remove / replace kawan yang tak aktif. Ganti mereka dengan senarai HOT BUYER. Kemudian ulangi langkah di point nombor 1 di atas.
4. Belajar Teknik Softselling
Dalam proses membina engagement dengan bakal prospek / HOT BUYER tadi, pastikan korang tidak sekali2 membuat posting yang MENYEMAKKAN mata bakal prospek. Elakkan HARDSELLING please!
Banyakkan belajar teknik SOFTSELLING. Klik sini Teknik Softselling. Tunjuk kepada bakal prospek kita bahawa kita adalah pakar dalam menyelesaikan masalah mereka.
5. Wajib Bina Personal Branding
Wajib Bina Personal Branding. (Klik sini Apa tu Personal Branding.). Perlahan2 bina kepercayaan. Biar prospek kenal kita, selesa dengan kita, tahu apa bisnes kita dan apa kepakaran kita. Bina rapport dan relationship yang bagus dengan mereka. Konsisten buat softselling.
Percayalah, suatu ketika nanti mereka akan datang serah diri. Sales korang bakal meletops guys!
Semoga Info ini membantu
Sila share artikel ini semoga dapat memberi manfaat kepada ramai lagi usahawan online lain.
Kredit ; Coach Muhadis
Dapatkan banyak lagi Ilmu / Tips Berniaga di FB
Join Personal Coaching Coach Muhadis
Jana Online Income RM60-RM110 per Sales
EJEN Dr Parro’s English – Aplikasi Pendidikan Kanak2
KELAS TELEGRAM
CARA BISNES DI FACEBOOK PERSONAL
Klik sini Join Kelas Online FIGHTERS