Biarpun era digital memberikan faedah-faedah seperti peningkatan maklumat penyimpanan dan kelajuan komunikasi kepada syarikat-syarikat, ia juga meningkatkan cabaran pengurusan sumber manusia. Eksekutif sumber manusia digelar sebagai pekerjaan yang paling susah di dunia. Jadi, apakah cabaran-cabaran pengurusan sumber manusia di sebuah tempat kerja? Untuk itu, kami telah mengumpulkan maklumat tentang masalah-masalah sumber manusia dan penyelesaian mereka.

Tumpukan besar dokumen

Sama ada syarikat rintisan atau perusahaan besar, dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pengambilan pekerja, peningkatan prestasi kerja, program latihan tidak dapat dielakkan. Walau bagaimana pun, tumpukan besar dokumen adalah sangat menyusahkan untuk perniagaan, terutamanya apabila majikan-majikan perlu mengumpul maklumat asas daripada pekerja-pekerja mereka setiap hari bekerja. Selain itu, waktu yang digunakan oleh majikan-majikan untuk hal-hal ini akan memecahkan fokus mereka terhadap perkara undang-undang, perlaksanaan nilai syarikat dan pembinaan strategi perniagaan.

Untuk menyelesaikan isu tersebut, sebuah perisian sumber manusia yang boleh mengautomatikkan tugas-tugas pentadbiran hendak dikemukakan. Hal ini kerana sebuah sistem pengurusan yang komprehensif dengan ciri-ciri dalam kehadiran, senarai gaji, pengurusan cuti, tuntutan dan penilaian prestasi dapat melengkapkan perkara-perkara manual dengan cara yang paling efektif. Majikan-majikan tidak perlu risau lagi dengan adanya perisian sumber manusia yang serba guna.

Mematuhi undang-undang dan dasar-dasar

Undang-undang pekerjaan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Hal ini memberi kesukaran bagi syarikat-syarikat untuk menyesuaikan diri dengan mereka. Kebanyakkan syarikat lebih cenderung untuk mengabaikan dasar-dasar pekerjaan atas sebab mereka tidak berkenaan dengan perniagaan syarikat. Kecuaian majikan-majikan tersebut akan dikenakan dengan tindakan yang tegas, termasuk audit, tuntutan mahkamah dan kemungkinan penutupan syarikat. Dalam erti kata lain, syarikat-syarikat merosakkan masa depan mereka apabila mereka terlepas perhatian terhadap undang-undang pekerjaan.

Tidak kira apa saiz syarikat, ia adalah penting untuk majikan-majikan mematuhi setiap undang and dasar pekerjaan di negeri dan negara mereka. Salah satu cara untuk memenuhi syarat tersebut ialah menghantar eksekutif sumber manusia ke latihan profesional dari masa ke masa supaya mereka mempunyai maklumat mengenai peraturan-peraturan pengambilan pekerja, upah dan keselamatan tempat kerja yang terkini. Majikan-majikan boleh memudahkan kaedah ini dengan menggunakan program dalam talian dan memberikan fokus kepada topik-topik utama dalam program.

Merekrut dan mengekal tenaga mahir

Mendapat dan mengekal pekerja yang berpengalaman adalah tugas yang mencabarkan. Sebahagian besar daripada syarikat permulaan dan perusahaan kecil tidak mempunyai belanjawan yang mencukupi untuk menarik dan mengekal pekerja yang berkualiti dengan pelan persaraan, pelan insurans, peluang kenaikan pangkat dan sebagainya. Di samping itu, sebagai aset terpenting dalam pembangunan sesebuah perniagaan, persaingan pasaran buruh adalah sengit. Oleh itu, apabila syarikat-syarikat tertentu tidak mampu mengekalkan pekerja-pekerja cekap mereka berbanding dengan perusahaan sebaya, mereka terpaksa meluangkan dana dan masa yang lebih untuk mendapatkan buruh yang sesuai dalam tempoh masa yang singkat.

Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, syarikat-syarikat patut merancangkan proses orientasi pekerja yang teratur berdasarkan pengalaman pekerja. Cara ini boleh dilakukan dengan memberi tumpuan kepada butiran-butiran penting seperti memastikan calon-calon terima keputusan temu duga mereka dengan segera, memberikan pekerja-pekerja deskripsi kerja yang tepat, menjaga kebajikan pekerja-pekerja dan lain-lain. Pekerja-pekerja tidak akan meninggalkan syarikat mereka jika mereka dihargai, disayangi dan dihormati oleh majikan mereka.

Kesimpulan

Apabila majikan-majikan dapat menangani cabaran dan masalah, syarikat mereka akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Dengan itu, syarikat-syarikat harus memilih perisian yang terbaik untuk menambah baik kualiti perniagaan dan pekerja-pekerja mereka. Dalam aspek ini, I’m In, sebuah sistem pengurusan sumber manusia semua dalam satu boleh membantu majikan-majikan dalam pengurusan pekerja dengan alat-alat yang fleksibel, berskala dan mudah.

Kredit : Intan Hazlina, Pensyarah Kanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang