Pandemik Covid-19 satu krisis yang unik, global dan diperakui secara universal yang memberikan peluang yang perlu segera direbut, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir. Beliau memberitahu pandemik mendedahkan kewujudan kelemahan dalam komuniti sosioekonomi global Malaysia secara kolektif. Ketidaksamaan, ketidakseimbangan, ketidakadilan ekonomi, penyalahgunaan alam sekitar, ini semua tidak pernah terlihat secara universal sebelum ini dan begitu juga keperluan kritikal bagi mengatasi masalah terbabit secara global dengan koheren dan bersepadu.

Ternyata, pandemik ini mendedahkan kelemahan yang kita pertahankan sejak sekian lama dalam memberikan keselesaan dan keamanan yang agak rapuh. Menurut Amirul Feisal, untuk mengelakkan bencana, ada keperluan bagi mewujudkan naratif baharu yang pada dasarnya akan mengubah nilai dan tingkah laku untuk membentuk dunia yang akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Sebagai contoh, naratif lama yang mengutamakan keuntungan yang maksimum dengan apa sahaja kaedah kini menyebabkan kesan yang buruk terhadap kos persekitaran serta sosial. Kos yang diabaikan ini adalah kos yang ditangguhkan dan sudah jelas terdapat jurang besar antara ekonomi kewangan dan realiti ekonomi sebenar, ekonomi yang mana kita benar-benar menghasilkan barangan serta perkhidmatan. Siri program perbincangan diadakan melibatkan panel dengan bertenaga, meneliti tema daripada perspektif pasaran, firma, masyarakat dan individu, perkembangan biasa daripada peringkat makro ke tingkat perseorangan, yang mencerminkan bagaimana dunia diatur secara sosioekonomi.

Kredit : Intan Hazlina, Pensyarah Kanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang