DEWAN Rakyat. FOTO BERNAMA
Dewan Rakyat

Cadangan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang antaranya bertujuan memperluas pemakaian akta itu meliputi lebih banyak sektor telah dibentang untuk bacaan di Dewan Rakyat.

Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (pindaan 2020) itu dibentang oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berserta dengan Rang Undang-Undang Kilang dan Jentera (pemansuhan 2020).

Pindaan tersebut bertujuan menaikkan denda terhadap majikan yang gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja. Antaranya, Seksyen 19 rang undang-undang itu menaikkan denda dari RM50,000 kepada RM500,000 bagi kesalahan termasuk membabitkan kegagalan majikan untuk membentuk dasar keselamatan dan kesihatan. Seksyen 23 pula menaikkan denda dari RM20,000 kepada RM200,000 bagi pihak yang melanggar peruntukan Seksyen 21 dan 22 mengenai kewajipan pengilang ke atas loji dan bahan bagi kegunaan semasa bekerja.

Kredit : Intan Hazlina, Pensyarah Kanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang