ABSTRAK

Umum sedia maklum, penularan wabak Covid-19 telah menjejaskan sistem pendidikan negara. Walaubagaimanapun, warga pendidik dan pelajar harus meneruskan kesinambungan pembelajaran dalam apa jua norma baharu walaupun berdepan dengan cabaran ketidaksediaan dari segi mental dan fizikal. Memandangkan pelbagai kekurangan dan kekangan pengurusan berlaku dalam proses PdPT, maka tercetuslah idea penghasilan aplikasi My-eCLASS sebagai pemudahcara proses kecekapan dan kelancaran PdPT yang mana ia merupakan alternatif kepada kelas online yang lebih tersusun. Idea inovasi ini tercetus melalui perkongsian permasalahan yang dihadapi oleh para pensyarah dan pelajar apabila melibatkan proses aktiviti dan sistem pengurusan PdPT yang tidak sistematik. Justeru aplikasi ini diwujudkan sebagai platform khas One Stop Centre yang mana capaian maklumat boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ia mengetengahkan konsep ‘cloud storage’ dan ‘paperless’ yang lebih tersusun, yang mana penyediaan bahan-bahan pendidikan, tugasan pelajar dan sistem pengurusan kelas diselenggara dengan lebih sistematik. My-eCLASS bakal meningkatkan kompetensi pendidik dan kemahiran pelajar yang bertindak sebagai pemangkin kepada platform digital yang lebih efisyen bukan sahaja untuk kegunaan kelas secara online, malah juga untuk kelas secara bersemuka.

Kata Kunci: kecekapan PdPT, aplikasi My-eCLASS, pengurusan kelas

Kredit : Intan Hazlina, Pensyarah Kanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang