Webinar Business Plan di POLISAS

Demi memperkasakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, banyak institusi mengambil pendekatan penganjuran siri webinar. Penganjuran webinar ialah sebahagian daripada usaha menambah baik pembelajaran selepas setahun setengah negara dilanda pandemik Covid-19 dan pelajar menjalani PdP secara maya. Webinar dilihat mampu membincangkan mengenai perkongsian ilmu dan kaedah penyampaian pembangunan bahan berbentuk dalam talian. Kini, semua IPT semakin biasa dengan norma baharu penganjuran webinar, namun piawaian standard MQA tetap perlu dipatuhi, justeru fleksibiliti yang diberikan dalam penganjuran webinar perlu dimanfaatkan. Penganjuran webinar penting dalam membudayakan PdP secara dalam talian kerana sedar atau tidak sepanjang pandemik, kini PdP dijalankan 100% dalam talian untuk kebanyakan program. Maka, pentadbir, pensyarah dan pelajar IPT perlu memahami dan menghayati konsep webinar sebaiknya. Ini selaras dengan usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mendukung hasrat kerajaan untuk melaksanakan pengajian terbuka ke arah pendemokrasian pendidikan tinggi. IPT perlu memastikan PdP secara maya ini berkualiti serta berimpak tinggi.

Kredit : Intan Hazlina, Pensyarah Kanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang